
AL-MASYAQQAH TAJLIBU AL-TAYSIR
♛ Definisi :
Apabila terdapat sesuatu kesukaran atau kesulitan dalam melakukan perintah Allah, maka perintah itu diringankan, tidak seperti asal.
♛ Dalil :
" لا يكلف الله نفساً إلا وسعها " -
" وما جعل عليكم في الدين من خرج " -
♛ Kepentingan :
~ Al-Yakin la Yazulu bi al-Syakk
~ Al-Masyaqqah Tajlibu al-Taysir
~ La Dharar wa laa Dhirara
~ Al'Adah Muhkamah
~ Al-Umur bi maqasidiha
♛ Kaedah yang termasuk di bawah kaedah ini :
- الأمر إذا ضاف إتسع (Sesuatu perkara apabila atau lapang hukumnya sempit)
- Seseorang wanita yang kehilangan walinya (tidak diketahui mana dia berada sama ada hidup atau mati) sedangkan tidak ada wali hakim di tempat itu, maka bolehlah dia melantik seseorang lelaki sebagai wali tahkim bagi mengahwinkannya sebagai lelaki pilihannya.
- Diharuskan perempuan yang beri'ddah keluar rumah apabila keadaan mendesak seperti bekerja untuk saraan hidup.
- Diterima saksi wanita (bidan) dalam kes melahirkan anak kerana menjaga nasab.
- Orang berhutang yang jatuh jadi papa kedana perlu
2. إذا اتسع الأمر ضاف (Sesuatu perkara apabila sempit, hukumnya luas) / (rukhsah solat atau jamak atau qasar)
- Maksud dari dua kaedah di atas apabila darurat telah menimpa seseorang atau jamah, jika beramal dengan hukum asal yang disyara'kan dalam keadaan biasa akan menyulitkan dan membebankan mereka untuk melaksanakannya, maka kerana itu diberi keringanan dan kemudahan ke atas mereka selagi mana darurat itu masih wujud. Inilah makna إذا اتسع الأمر ضاف yang mana ertinya ialah apabila perkara itu sempit ia akan menjadi luas. Tetapi apabila hilang darurat tersebut nescaya kembali hukum kepada asal ia disyara'kan. Inilah yang dimaksudkan apabila menjadi luas sesuatu perkara, maka ia akan menjadi sempit.
No comments:
Post a Comment