Sunday, August 12, 2018



AL-A'DAH MUHKAMAH

Definisi :
    
   -  Adat bererti berulangan sesuatu berkali-kali dan menjadi kebiasannya sehingga menetap ia di              dalam jiwa manusia dan dapat diterima.
    - U'ruf pula memberi makna sesuatu yang telah dikenali oleh manusia atau masyarakat dan                   menjadi kebiasaan mereka mematuhinya sama ada melalui perkataan mahupun perbuatan dan             juga perkara-perkara yang mereka tidak melakukannya.
    - Makna secara ijmaliah : Adat yang am atau yang khas akan menjadi hakam atau tempat rujuk             bagi mensabitkan hukum syarak. Walaubagaimanapun, adat hanyalah dijadikan hakam bagi                 mensabitkan hukum syarak apabila tidak terdapat nas bagi hukum yang hendak disabitkannya.             Maka apabila ada nas mestilah diamalkan berdasarkan nas itu dan tidak harus lagi beramal                   dengan adat.
  
Dalil :


  • Al-Quran ( Surah An-Nisa : 19 )
 وعاشروهن بالمعروف 

  • Hadis ( Riwayat Bukhari )
خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف 


Syarat untuk beramal dengan al-a'dah :
   
   - Uruf itu tidak berlawanan dengan nas syarak. Sebaliknya jika ia berlawanan dengan nas maka             uruf tersebut tidak boleh diambil kira dan diamalkan seperti bermuamalah riba', menghidang arak       di majlis rasmi dan sebagainya.
    - Uruf itu telah diamalkan oleh masyarakat secara meluas dan menyeluruh. Meskipun ada yang             tidak mengamalkannya jumahnya amat sedikit, maka memadai ia diamalkan oleh majoriti                   masyarakat.
    - Uruf atau adat yang akan dirujuk dalam satu-satu tindakan itu sudah wujud ketika hendak                   dilakukan tindakan itu. Maksudnya kejadian uruf itu telah mendahului waktu tindakan itu dan             berterusan hingga masa berlakunya tindakan itu.

Kaedah terbitan dari kaedah a'dah muhkamah :



الإستعمال الناس حجة يجب العمل بها
" Apa yang diamalkan oleh orang ramai merupakan hujah yang wajib diamalkan "

  1. Penerangan :
          Kaedah terbitan ini bersumberkan hadis yang diriwayatkan daripada Haram Bin Muhayissah               daripada bapanya yang bermaksud : " Sesungguhnya, unta betina milik al-Barra Bin Azib telah           memasuki pagar seorang lelaki serta merosakkannya. Lalu Rasulullah S.A.W menetapkan                   hukuman terhadap pemilik harta perlulah menjaga harta mereka siang hari dan pemilik                         ternakan mereka malam hari.



المعروف عرفا كالمشروط شرطا
" Menentukan dengan dasar uruf seperti menentukan dengan berdasarkan nas "

  1. Penerangan :
          Sesuatu penetapan hukum berdasarkan uruf atau adat yang telah mematuhi syarat-syarat                       sebagai dasar hukum adalah sama kedudukannya dengan penetapan hukum yang didasarkan               kepada nas.

    2.   Hukum Furu' :
       
          Di Malaysia sewa rumah yang dikenakan terhadap penyewa adalah tidak termasuk bil air dan             elektrik.



لا ينكر تغير الأحكم بتغير الأزمان
" Tidak dapat diingkari adanya perubahan hukum disebabkan berlaku perubahan masa "

  1. Penerangan :
          Perubahan hukum sebab perubahan masa atau uruf membawa maksud hukum yang dibina                   berdasarkan uruf akan turut berubah apabila uruf dan adat berubah. Ulama mengatakan ia                   disebabkan perbezaan masa dan tempat serta bukan perbezaan hujah dan dalil.

     2.  Hukum Furu' :

          Tindakan khalifah Ummar Al-Khattab yang memerintahkan solat tarawih dilakukan secara                 berjemaah di bawah satu imam agar ia menjadi lebih teratur dan tertib.



كل ما ورد به الشرع مطلقا ولا ضابة فيه ولا في اللغة يرجع فيه إلى العرف
  " Semua perkara yang dibawa oleh syarak yang berbentuk mutlak dan tiada dasar yag menjelaskan sudut syarak serta bahasa, ia dikembalikan kepada uruf "


     1.   Penerangan :

           Berkaitan dengan masalah hukum yang ada ketetapan dalam syarak, namun ia secara mutlak                sahaja. Antara lain, tidak ada penjelasan sudut atau tiada sebarang dalil yang menjelaskannya              juga tidak ada penjelasan dari sudut bahasa. Justeru itu, hendaklah dirujuk kepada al-a'dah.

      2.  Hukum Furu' :

            - Tentang tempat penyimpanan yang sepatutnya dalam kes dengan hukum hudud jenayah                        mencuri.
            - Tentang penyerahan barang serta perpisahan di antara penjual dengan pembeli dalam akad                    jual beli.



الحقيقة تترك بدلالة العادة
" Hakikat ditinggalkan dengan ada petunjuk menurut adat "


      1.   Penerangan :

            Kadangkala sesuatu perkara itu mempunyai pengertian yang berbeza. Satunya membawa                     pengertian hakiki dan satu lagi membawa pengertian majazi. Namun, pengertian majazi                       adalah lebih meluas digunakan dalam kebiasaan hidup bermasyarakat. Oleh itu, berdasarkan               kaedah ini, pengertian yang hakiki diketepikan dan pengertian majazi itu boleh dijadikan                     hujah untuk diamalkan. 

      2.   Hukum Furu' :

            Seseorang membeli barang dengan membayar deposit sahaja. Namun, sebelum ia                                 mengambilnya, harga telah naik. Penjual tidak boleh membatalkan jual beli tersebut atau                     menjualkan barang tersebut kepada orang dengan alasan jual beli belum terlaksana                               sepenuhnya. Adat kebiasaannya ialah setelah dibayar sebahagian daripada jumlah harga                       barang, maka akad jualan telah pun terlaksana. 
    

No comments:

Post a Comment