Sunday, August 12, 2018


LA DHARAR WA LA DHIRARA

 Definisi :
    Asas kepada kaedah ini ialah hadis Rasulullah S.A.W لاضرر ولا ضرار .
    Makna ضرر ialah melakukan kerosakkan terhadap orang lain, sedangkan ضرر ertinya bertindak           balas melakukan kemudaratan yang sama dengan kemudaratan terhadapnya.

Dalil :
    

  • Al-Quran ( Surah Al-Baqarah : 233 )
          لاتضار والدة بولدها ولا مولودله بولده

  • Hadis ( Ibnu Majah )
لاضرر ولا ضرار

Masalah yang termasuk di bawah kaedah ini :

    -  Boleh dipulangkan barang yang dibeli kepada penjual kerana terdapat kecacatan padanya.
    -  Qisas, hudud dan takzir dibolehkan untuk mendapatka keadilan. 
    - دحجر (di tangan dari mengurus harta sendiri) ke atas سفيه , dan dilarang mufti yang tidak bersopan       dari mengeluarkan fatwa dan doktor yang jahil dari merawat orang sakit kerana amalan-amalan           mereka ini  mendatangkan kemudaratan ke atas diri mereka dan orang lain. 




الضرلا يزال بالضر
" Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan juga "

 Penerangan :
    Kemudaratan boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih rendah, tetapi tidak boleh                   dihilangkan dengan kemudaratan yang sama dengannya atau yang lebih mudaratnya, kerana kalau       boleh dihilangkan dengan mudarat juga maka tidak bererti الضرلا يزال bahkan ia merupakan                 kemudaratan yang baru diwujudkan.
 Contoh amali di bawah kaedah ini :
    Nafkah tidak diwajibkan ke atas keluarga yang faqir untuk keluarga  yang juga faqir, kerana               menolak kemudaratan dari faqir pertama itu menimbulkan kemudaratan. 




                                                              الضر الاشد يزال بالضر الأخف
               " Kemudaratan yang lebih berat dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih ringan "

Definisi :
    - Apabila bertembung dua kemudaratan hendaklah diberi perhatian kepada mudarat yang terbesar
      di antara keduanya dengan memilih kemudaratan yang paling ringan.
    - Ertinya, cara melepaskan diri pertembungan dua kemudaratan yang pasti berlaku salah satu                 darinya, sedangkan salah satu darinya itu besar dibandingkan dengan satu lagi, maka hendaklah           dipilih  yang kecil dan lebih ringan dari mengambil kira aspek yang besar kerana bahayanya lebih       dahsyat.

Contoh amali di bawah kaedah ini :
    
    - Disyara'kan qisas, hudud dan mempertahankan diri dari serangan pencerobohan.
    - Harus membedah perut wanita yang mati bagi mengeluarkan janin apabila ada harapan janin itu         masih hidup.
    - Harus tebus talak oleh isteri dalam masa haid, kerana menyelamatkan isteri dari penyeksaan               suaminya itu lebih diutamakan dari keburukan memanjangkan i'ddah ke atasnya, kerana sedikit           mudaratnya.
    - Seseorang yang berhajat menolak kebinasaan dirinya dari kebuluran tidak memperolehi sesuatu         melainkan harta atau makanan orang lain yanag sama berhajat sepertinya juga, maka ia tidak               boleh mengambil harta orang lain.

No comments:

Post a Comment