1) Takrif yakin
- Bahasa : Pasti.
- Istilah : Ketenangan di atas suatu hakikat.
2) Takrif syak
- Bahasa : Was-was
- Istilah : Ragu-ragu antara dua perkara yang bertentangan.
3) Kaedah Ijmaliah
- Perkara yang diyakini berlakunya (batal) sama dengan tidak terangkat kecuali dengan dalil yang pasti (قطعي) dan ianya tidak dihukumkan dengan hilangnya keyakinan tadi begitu juga dengan perkara yang diyakini tidak berlku (tidak sabit berlaku) maka tidak dihukumkan ianya sabit berlaku hanya dengan syak wasangka kerana syak wasangka lebih lemah daripada yakin.
4) Dalil-dalil
- Al-Quran ( Surah An-Najm : 28 )
(( إن الظن لا يغني من الحق شيئا ))
- Hadis ( Imam Nawawi)
(( شكي رجل إلى النبي أنه يخيل إليه أنه يجيد الشيء في الصلاة ؛ قال : لا ينصرف حتى يسمع صوتأ أو يجد ريحا ))
5) Contoh
★ Orang yang berada dalam keadaan suci kemudian dia syak, dia berhadas. Apa hukumnya?
- Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa hukumnya suci kerana dia yakin dia tidak berhadas.
- Imam Malik berpendapat wajib atasnya wuduk berdasarkan kaedah (dalam kaedah syak di dalam syarat wuduk) menjadi penghalang daripada sahnya solat. Justeru taharah atau suci adalah syarat sah solat.
★ Sekiranya sesorang itu berhutang dengan orang lain kemudian orang yang berhutang itu syak atau ragu-ragu adakah dia sudah mengelaskan hutangnya?
- Hukum hutang tersebut kekal kerana dia yakin hutang itu kekal.
No comments:
Post a Comment