Sunday, August 12, 2018



AL-A'DAH MUHKAMAH

Definisi :
    
   -  Adat bererti berulangan sesuatu berkali-kali dan menjadi kebiasannya sehingga menetap ia di              dalam jiwa manusia dan dapat diterima.
    - U'ruf pula memberi makna sesuatu yang telah dikenali oleh manusia atau masyarakat dan                   menjadi kebiasaan mereka mematuhinya sama ada melalui perkataan mahupun perbuatan dan             juga perkara-perkara yang mereka tidak melakukannya.
    - Makna secara ijmaliah : Adat yang am atau yang khas akan menjadi hakam atau tempat rujuk             bagi mensabitkan hukum syarak. Walaubagaimanapun, adat hanyalah dijadikan hakam bagi                 mensabitkan hukum syarak apabila tidak terdapat nas bagi hukum yang hendak disabitkannya.             Maka apabila ada nas mestilah diamalkan berdasarkan nas itu dan tidak harus lagi beramal                   dengan adat.
  
Dalil :


  • Al-Quran ( Surah An-Nisa : 19 )
 وعاشروهن بالمعروف 

  • Hadis ( Riwayat Bukhari )
خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف 


Syarat untuk beramal dengan al-a'dah :
   
   - Uruf itu tidak berlawanan dengan nas syarak. Sebaliknya jika ia berlawanan dengan nas maka             uruf tersebut tidak boleh diambil kira dan diamalkan seperti bermuamalah riba', menghidang arak       di majlis rasmi dan sebagainya.
    - Uruf itu telah diamalkan oleh masyarakat secara meluas dan menyeluruh. Meskipun ada yang             tidak mengamalkannya jumahnya amat sedikit, maka memadai ia diamalkan oleh majoriti                   masyarakat.
    - Uruf atau adat yang akan dirujuk dalam satu-satu tindakan itu sudah wujud ketika hendak                   dilakukan tindakan itu. Maksudnya kejadian uruf itu telah mendahului waktu tindakan itu dan             berterusan hingga masa berlakunya tindakan itu.

Kaedah terbitan dari kaedah a'dah muhkamah :



الإستعمال الناس حجة يجب العمل بها
" Apa yang diamalkan oleh orang ramai merupakan hujah yang wajib diamalkan "

  1. Penerangan :
          Kaedah terbitan ini bersumberkan hadis yang diriwayatkan daripada Haram Bin Muhayissah               daripada bapanya yang bermaksud : " Sesungguhnya, unta betina milik al-Barra Bin Azib telah           memasuki pagar seorang lelaki serta merosakkannya. Lalu Rasulullah S.A.W menetapkan                   hukuman terhadap pemilik harta perlulah menjaga harta mereka siang hari dan pemilik                         ternakan mereka malam hari.



المعروف عرفا كالمشروط شرطا
" Menentukan dengan dasar uruf seperti menentukan dengan berdasarkan nas "

  1. Penerangan :
          Sesuatu penetapan hukum berdasarkan uruf atau adat yang telah mematuhi syarat-syarat                       sebagai dasar hukum adalah sama kedudukannya dengan penetapan hukum yang didasarkan               kepada nas.

    2.   Hukum Furu' :
       
          Di Malaysia sewa rumah yang dikenakan terhadap penyewa adalah tidak termasuk bil air dan             elektrik.



لا ينكر تغير الأحكم بتغير الأزمان
" Tidak dapat diingkari adanya perubahan hukum disebabkan berlaku perubahan masa "

  1. Penerangan :
          Perubahan hukum sebab perubahan masa atau uruf membawa maksud hukum yang dibina                   berdasarkan uruf akan turut berubah apabila uruf dan adat berubah. Ulama mengatakan ia                   disebabkan perbezaan masa dan tempat serta bukan perbezaan hujah dan dalil.

     2.  Hukum Furu' :

          Tindakan khalifah Ummar Al-Khattab yang memerintahkan solat tarawih dilakukan secara                 berjemaah di bawah satu imam agar ia menjadi lebih teratur dan tertib.



كل ما ورد به الشرع مطلقا ولا ضابة فيه ولا في اللغة يرجع فيه إلى العرف
  " Semua perkara yang dibawa oleh syarak yang berbentuk mutlak dan tiada dasar yag menjelaskan sudut syarak serta bahasa, ia dikembalikan kepada uruf "


     1.   Penerangan :

           Berkaitan dengan masalah hukum yang ada ketetapan dalam syarak, namun ia secara mutlak                sahaja. Antara lain, tidak ada penjelasan sudut atau tiada sebarang dalil yang menjelaskannya              juga tidak ada penjelasan dari sudut bahasa. Justeru itu, hendaklah dirujuk kepada al-a'dah.

      2.  Hukum Furu' :

            - Tentang tempat penyimpanan yang sepatutnya dalam kes dengan hukum hudud jenayah                        mencuri.
            - Tentang penyerahan barang serta perpisahan di antara penjual dengan pembeli dalam akad                    jual beli.



الحقيقة تترك بدلالة العادة
" Hakikat ditinggalkan dengan ada petunjuk menurut adat "


      1.   Penerangan :

            Kadangkala sesuatu perkara itu mempunyai pengertian yang berbeza. Satunya membawa                     pengertian hakiki dan satu lagi membawa pengertian majazi. Namun, pengertian majazi                       adalah lebih meluas digunakan dalam kebiasaan hidup bermasyarakat. Oleh itu, berdasarkan               kaedah ini, pengertian yang hakiki diketepikan dan pengertian majazi itu boleh dijadikan                     hujah untuk diamalkan. 

      2.   Hukum Furu' :

            Seseorang membeli barang dengan membayar deposit sahaja. Namun, sebelum ia                                 mengambilnya, harga telah naik. Penjual tidak boleh membatalkan jual beli tersebut atau                     menjualkan barang tersebut kepada orang dengan alasan jual beli belum terlaksana                               sepenuhnya. Adat kebiasaannya ialah setelah dibayar sebahagian daripada jumlah harga                       barang, maka akad jualan telah pun terlaksana. 
    

LA DHARAR WA LA DHIRARA

 Definisi :
    Asas kepada kaedah ini ialah hadis Rasulullah S.A.W لاضرر ولا ضرار .
    Makna ضرر ialah melakukan kerosakkan terhadap orang lain, sedangkan ضرر ertinya bertindak           balas melakukan kemudaratan yang sama dengan kemudaratan terhadapnya.

Dalil :
    

  • Al-Quran ( Surah Al-Baqarah : 233 )
          لاتضار والدة بولدها ولا مولودله بولده

  • Hadis ( Ibnu Majah )
لاضرر ولا ضرار

Masalah yang termasuk di bawah kaedah ini :

    -  Boleh dipulangkan barang yang dibeli kepada penjual kerana terdapat kecacatan padanya.
    -  Qisas, hudud dan takzir dibolehkan untuk mendapatka keadilan. 
    - دحجر (di tangan dari mengurus harta sendiri) ke atas سفيه , dan dilarang mufti yang tidak bersopan       dari mengeluarkan fatwa dan doktor yang jahil dari merawat orang sakit kerana amalan-amalan           mereka ini  mendatangkan kemudaratan ke atas diri mereka dan orang lain. 




الضرلا يزال بالضر
" Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan juga "

 Penerangan :
    Kemudaratan boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih rendah, tetapi tidak boleh                   dihilangkan dengan kemudaratan yang sama dengannya atau yang lebih mudaratnya, kerana kalau       boleh dihilangkan dengan mudarat juga maka tidak bererti الضرلا يزال bahkan ia merupakan                 kemudaratan yang baru diwujudkan.
 Contoh amali di bawah kaedah ini :
    Nafkah tidak diwajibkan ke atas keluarga yang faqir untuk keluarga  yang juga faqir, kerana               menolak kemudaratan dari faqir pertama itu menimbulkan kemudaratan. 




                                                              الضر الاشد يزال بالضر الأخف
               " Kemudaratan yang lebih berat dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih ringan "

Definisi :
    - Apabila bertembung dua kemudaratan hendaklah diberi perhatian kepada mudarat yang terbesar
      di antara keduanya dengan memilih kemudaratan yang paling ringan.
    - Ertinya, cara melepaskan diri pertembungan dua kemudaratan yang pasti berlaku salah satu                 darinya, sedangkan salah satu darinya itu besar dibandingkan dengan satu lagi, maka hendaklah           dipilih  yang kecil dan lebih ringan dari mengambil kira aspek yang besar kerana bahayanya lebih       dahsyat.

Contoh amali di bawah kaedah ini :
    
    - Disyara'kan qisas, hudud dan mempertahankan diri dari serangan pencerobohan.
    - Harus membedah perut wanita yang mati bagi mengeluarkan janin apabila ada harapan janin itu         masih hidup.
    - Harus tebus talak oleh isteri dalam masa haid, kerana menyelamatkan isteri dari penyeksaan               suaminya itu lebih diutamakan dari keburukan memanjangkan i'ddah ke atasnya, kerana sedikit           mudaratnya.
    - Seseorang yang berhajat menolak kebinasaan dirinya dari kebuluran tidak memperolehi sesuatu         melainkan harta atau makanan orang lain yanag sama berhajat sepertinya juga, maka ia tidak               boleh mengambil harta orang lain.




AL-MASYAQQAH TAJLIBU AL-TAYSIR

Definisi :
     Apabila terdapat sesuatu kesukaran atau kesulitan dalam melakukan perintah Allah, maka perintah      itu diringankan, tidak seperti asal.

Dalil : 

     " لا يكلف الله نفساً إلا وسعها " -
" وما جعل عليكم في الدين من خرج " -

Kepentingan :
     ~ Al-Yakin la Yazulu bi al-Syakk
     ~ Al-Masyaqqah Tajlibu al-Taysir
     ~ La Dharar wa laa Dhirara
     ~ Al'Adah Muhkamah
     ~ Al-Umur bi maqasidiha

Kaedah yang termasuk di bawah kaedah ini :
 

  1.    الأمر إذا ضاف إتسع (Sesuatu perkara apabila atau lapang hukumnya sempit)  

  •                Seseorang wanita yang kehilangan walinya (tidak diketahui mana dia berada sama                      ada hidup atau mati) sedangkan tidak ada wali hakim di tempat itu, maka bolehlah dia                melantik seseorang lelaki sebagai wali tahkim bagi mengahwinkannya sebagai lelaki                  pilihannya.
  •                Diharuskan perempuan yang beri'ddah keluar rumah apabila keadaan mendesak                          seperti bekerja untuk saraan hidup.
  •                Diterima saksi wanita (bidan) dalam kes melahirkan anak kerana menjaga nasab.
  •                Orang berhutang yang jatuh jadi papa kedana perlu 
    2.     إذا اتسع  الأمر ضاف (Sesuatu perkara apabila sempit, hukumnya luas) / (rukhsah solat atau                       jamak atau qasar)


  •                Maksud dari dua kaedah di atas apabila darurat telah menimpa seseorang atau jamah,                jika beramal dengan hukum asal yang disyara'kan dalam keadaan biasa akan                               menyulitkan dan membebankan mereka untuk melaksanakannya, maka kerana itu                       diberi keringanan dan kemudahan ke atas mereka selagi mana darurat itu masih wujud.               Inilah makna إذا اتسع  الأمر ضاف yang mana ertinya ialah apabila perkara itu sempit ia                   akan menjadi luas. Tetapi apabila hilang darurat tersebut nescaya kembali hukum                       kepada asal ia disyara'kan. Inilah yang dimaksudkan apabila menjadi luas sesuatu                       perkara, maka ia akan menjadi sempit.

Tuesday, August 7, 2018


AL-YAKIN LA YAZULU BI AL-SYAKK

1) Takrif yakin

        - Bahasa : Pasti.
        - Istilah   : Ketenangan di atas suatu hakikat.

2) Takrif syak

       - Bahasa : Was-was
       - Istilah  : Ragu-ragu antara dua perkara yang bertentangan.

3) Kaedah Ijmaliah

 - Perkara yang diyakini berlakunya (batal) sama dengan tidak terangkat kecuali dengan dalil yang pasti (قطعي) dan ianya tidak dihukumkan dengan hilangnya keyakinan tadi begitu juga dengan perkara yang diyakini tidak berlku (tidak sabit berlaku) maka tidak dihukumkan ianya sabit berlaku hanya dengan syak wasangka kerana syak wasangka lebih lemah daripada yakin. 

4) Dalil-dalil

         - Al-Quran ( Surah An-Najm : 28 )  

            (( إن الظن لا يغني من الحق شيئا )) 
    
  
        - Hadis  ( Imam Nawawi)

               (( شكي رجل إلى النبي أنه يخيل إليه أنه يجيد الشيء في الصلاة ؛ قال : لا ينصرف حتى يسمع صوتأ أو يجد ريحا )) 

5) Contoh

Orang yang berada dalam keadaan suci kemudian dia syak, dia berhadas. Apa hukumnya?
        - Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa hukumnya suci kerana dia yakin               dia tidak berhadas.
        - Imam Malik  berpendapat wajib atasnya wuduk berdasarkan kaedah (dalam kaedah syak di                 dalam syarat wuduk) menjadi penghalang daripada sahnya solat. Justeru taharah atau suci                   adalah syarat sah solat.

Sekiranya sesorang itu berhutang dengan orang lain kemudian orang yang berhutang itu syak atau     ragu-ragu adakah dia sudah mengelaskan hutangnya?
        - Hukum hutang tersebut kekal kerana dia yakin hutang itu kekal.